Sunday, 23 March 2014

abah dapat siakap 9.5 kg

baru baru ni abah aku ada gi mancing kat kelong kat senggarang , batu pahat johor , dan hasilnya ialah siakap 9.5kg , yang dulu punya pun ada dapat tapi kecik sikit , kira yang ni paling besar lah , haha memang puas tak terkata weh , selalu dapat makan kat kedai sifud je kan , kali ni memang syok giler bila kita dapat fresh fresh pastu mak masak , memang balun nasik pagi petang , hahah



sampai tak muat tong kan , hahah yang kunem tu pulak saja lalu lalu situ kan , tetiba sangat , dah siap siang semua mak aku masak asam pedas , peh sedap seh layan kepalanya , nak nak tang pipi dia tu , lemak manis santan kelapa gitu rasanya =p hari kedua mak masak siakap 3 rasa pula , memang tak habis habis lah makan , dapat gaklah bagi jiran tetangga kesayangan kita tu pftttt =p bak orang kata yang sedap sama dilapah , hahahha

ok bah , semoga dapat yang lagi besar okeh lain kali , leh bagi semuaorang rasa , hin hin hin =p

Friday, 7 March 2014

what you give you get back ~~ahha yeahhhh


paras rupa tak menjamin kebahagian , yang penting adalah hati , cececce ko hahahah takmenahan , tapi betul lah , cantik ke hensem ke , kurus ke gemuk ke , kita sama je di sisi Allah , kecantikan tu hanya sementara , kalau kita sayang atau suka seseorang tu hanya pada rupa habis kalau dah kerepot taknak tengok ke , banyak cantik

sama jek dengan isu gemuk ke kurus , aku nak tanya ada ke yang mintak nak gemuk , tak ada kan , jadi kalau jumpa tu tak payah lah nak tegur eh badan ko makin naik , takpun wahhh makin berisi ko ek , kadang kita tak tahu dengan cara tu kita dah mengguriskan hati orang kan , kadang jugak kita tak tahu yang orang tu pagi petang tengah workout , kawal makan semua , ni dah lama tak jumpa terus kena sedas dengan orang orang yang mendownkan camtu , silap besar weh

tapi korang jangan taktahu , dulu aku penah gak kena gini , jumpa aku cakap aku makin berisi , pakej picit picit lengan aku , hahaha biadap kan , tapi berita gembiranya sekarang ialah dia dah gems dari aku , hahaha percaya takkkk , aku bukan nak ketawakan atau mengata tapi betul lah apa yang dikatakan dengan karma , kuasa Allah , what u give u get back gitttuu , dan paling best aku dah jauh tinggalkan saiz dia , kekeke bye bye siap pakej lambai tangan jeling lemak kat perut ko tu , alhamdulillah , ada usaha adalah ganjarannya , hahahah


jadi , pengajarannya tau tau lah sendiri kan , hihihi walaupun kita nampak orang tu dah berisi diamkan jelah , kalau dah tak tahan ngata jek dalam hati , hahahah , mudah mudahan tak jadik karma pfttttt , biarlah dia nak berisi ke apa , sebab dieorang bukan mintak duit kita untuk makan seharian , beli saiz baju saiz xl ke kan , hikhik , takde kan takde kan , jadi senyap

lainlah yang puji dah kurus gittu , kembang semangkok boh ais kurang ikat penuh weh kalau macam tu , aku pon sokaaaa , hahahah , jadi puji lah makin kurus , makin cantik , makin berseri seri untuk menjamin kebahagian sejagat , kerana kita hanya hamba , sama sahaja disisi Allah , sekian =p

Monday, 3 March 2014

kat mana-mana sahaje ade muka dia ni lahai

amboi tajuk , kemain ,, hahahah , ni kes kalau aku kat rumah lah ni , kat mana-mana aje aku lepak dengan mak ke , abah ke , along ke , kakak ataupun adik aku sekalipun dia ni wajib ada , sama ada kiteorang tengok tv ke , makan ke , nyapu luar rumah ke , kadang time baca surat khabar pun memang datang sahaje beliau beliau ni semua tau , memang ahli mesyuarat tetap dia ni tau , macam tahu tahu jek wujudnya orang kat situ , terus wat benda yang pelik pelik , hahaha lawak betol , melainkan lah mereka - mereka ni semua tidur/tebey , haha memang time tu tercarik carik gak ,

apa yang aku maksudkan tu ni haaa kucing aku yang empat ekor yang kusayangi intan payung kanopi pengantin ni ha , ada 4ekor semuanya tapi harini aku nak tunjuk seko lah dulu , maklumlah pic cuma ada seko jek , hinhin , 

lokasi kejadian pic dibawah adalah semasa aku sapu kat luar rumah , bawah pokok durian crepe tu , apa tak crepe nya , hari hari daun gugur , kekekeke nak nak musim panas sekarang kan , tapi aku tak mengeluh , tu semua kuasa Allah , aku bersyukur sebab boleh gak buang-buang peluh time nyapu tu gakkkk kannnn ~_~ 

hai saya KUNEM , awak siapa ?dia mia , ade nampak abang adam??hahahah tetibe



paling tak boleh belah pic kat bawah ni , aku bawaklah pongkes ni (orang jawa panggil pongkes , tak tahulah korang panggil apa haha) , time aku nak guna nak angkut daun kering tu , aku tengok mana lah budak kecik ni pergi kan , japlagi berteduh di gua kurma ni , hahaha nyampah weh , pastu bajet candid macam aku , eh




rasa macam nak tumbuk buat punching beg je (dalam mimpilah) , hahah memang kena stanby kamera bila bila masa aja weh , sebab ada jek yang dibuat mereka mereka ni tau , aipon5 aku masih kat kedai pffttttt jadi pakailah kamera biasa jek ,hinhin , ni mak aku dah pencen , selain abah dan adik adik aku teman mak , mereka mereka ni lah yang sebagai peneman kalau abah gi keje , adik adik gi sekolah , gitu

p/s : lain kali cerita pasal yang lagi 3eko lagi tu , sedang menunggu ,,,,,

Sunday, 2 March 2014

non stop : review

salam readers , hai macam mana hari minggu korang ? ada yang kemas rumah , ada yang jalan-jalan bawak anak anak n family , ada yang detim =p(kite jeles hikhik) , oh ada yang honeymoon kan , tapi nasiblah orang johor kene keje oiiiii hahahaha , apapun aktiviti korang , harapnya korang enjoy ye , sebab memori hari ini tidak akan sama dengan hari lain dan takkan mungkin berulang , ^_^ cecece

ok pada yang rancang nak tengok wayang harini ke esok ke , aku suggest kan cerita ni , NON STOP , english movie yang bagi aku oklah best , mendebarkan , mencemaskan , nora bagi 8/10 bintanggggg , hahaha , menceritakan tentang ugutan di atas kapal terbang di mana seorang Air Marshall dapat mesej ugutan untuk menyerahkan 150juta kepada orang yang tak dikenalinya yang berada di atas kapal tu jugak yang susah dikenalpasti , ugutannya ialah dalam setiap 20minit akan ada sorang passenger yang mati kat atas tu , cerita ni main psiko jugaklah , kita akan ingat yang rancang tu sebenarnya orang ni tapi sebenarnya orang tu , hikhik boleh gitu , dan akaun orang yang ugut tu atas nama Air Marshall tu sendiri , tak ke semua orang ingat ni semua rancangan dia kan

cerita ni jugaklah membuatkan aku takut nak naik flight , yelah aku kan bercita cita nak gi honeymoon kat langkawi nanti naik flight aje , hahaha celah mana punya honeymoon pon tak tahulah , memula dalam panggung tengok cerita tu memang takut nak naik flight sebab dalam NON STOP ni seram gaklah bila ada bom dalam kapal tu n time dia meletop tu seram wooo nak landingkan , tapi nak dijadikan cerita , selamat aje kan , , lepas 2 3 4 5 hari kemudian aku dah tak pikir sangat , sekarang pun dah boleh naik weh , insyaAllah negara kita selamat kan =) aku ni je yang over lebih , main psiko lebih kikikiki

non stop thinking bout youuuu , hakhakhak 

p/s : berapa bintang korang nak bagi kalau dah tengok ceritani bergantung pada individu tu sendiri , bagi aku best aje , hehehe selamat hari minggu =))

Friday, 28 February 2014

salam . mac akan muncul esok =))

ola myamor semua , pekaba?sihat? kenal aku lagi tak?hahahha , tak kenal tada apa , tak beli pon tada apa . hikhikhik , insyaAllah akan start balik berblogging , maaf ye , pelan pelan kayuh , maklumlah bertapa kat bukit kurma , carik harta karun penyamun , kikikiki =p


cuma nak cakap perubahan manusia sekarang ni makin nampak ketara , yang dibenci kini disayangi , yang dingata kini dibuali , dirapati , disayangi dan kata yang lebih kasar ialah di bodeki (bodek) ecececece tak elok tau wat gitu , bila senang kau lari ke sana , bila susah kau datang kembali , dah tua beb , jadilah contoh untuk yang muda sekalian , ok ini copy n paste , hahahaha mohon jangan terasa

papepon selamat datang MAC ! moga bulan ini lebih baik daripada semalam , pfttttt ayat klisye , hahaha , bye , moga berat badan bulan mac lebih menurun daripada bulan FEB , hahha lagi klisye

Thursday, 10 October 2013

dark chocolate adalah terbaik dari ladang

semua pun tahu kan , coklat ni ada macam- macam jenis , milk chocolate , white chocolate , termasuklah dark chocolate , ramai jugak orang mengatakan kalau makan coklat nanti gemuk , ai badak tu tak makan coklat pon gemuk jugak , hahaha , tapi sebenarnya DARK CHOCOLATE ni adalah coklat yang terbaik antara jenis- jenis coklat yang lain dan telah dibuat kajian pun (google sendiri =p) , antara kelebihannya yang aku tahu 

1 . mengurangkan stress
2. menurunkan tekanan darah
3. sebagai antioksidan

kalau tak percaya gi google k dan kat situ memang dah ada kajian kajian mereka , kot kot la tak percaya , aku pon dulu pernah gak buat presentation pasal dark chocolate ni tau , tak adalah dapat A tapi ok lah daripada tak ada , hahahah , 

sekarang aku tengah layan coklat ni , sedappp woo , bagi aku dark chocolate lain yang sedap macam hersheys , cadburry bougainville , beryls pon okey gak , eh bukan ok gak , tapi ok sangat - sangat , tapi bagi aku dark chocolate dari mana mana pun memang tak pernah mengecewakan lah , so try lah k ,

tapi janganlah disebabkan banyak kelebihan terus nak gasak hari hari , tu pun tak boleh jugak kan , selagi tidak diambil secara berlebihan , dapatlah kita kelebihannya tu , haaa nampak besar disitu , jadinya makanlah secara seimbang mengikut piramid makanan , hahahahah cewah (macamlah aku ikut =p)

so , selamat ber'coklat' semua!!

Saturday, 5 October 2013

kejujuran la sangat =)

kejujuran kadang-kadang tu menyakitkan tapi kejujuran tu jugak adalah hal yang terindah dari kepalsuan disebalik senyuman

maksudnya , walaupun kejujuran tu kadang kadang memang menyakitkan hati tapi tulah hal yang terbaik daripada mengetahui hal yang sebenar daripada orang lain , sakit wooo , untuk peringatan diri sendiri jugak untuk berlaku jujur , bagi aku jujur ni lah asas bagi sesuatu perbuatan yang kita buat , ni bagi aku la kan , walaupon kadang kadang terkucil sikit , eh hahahahha , oh readers ku sekalian , kini aku kembali !!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...